Assalamukaikum dan salam sejahtera

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”

Sunday, 21 August 2011

NILAI SEKUNTUM BUNGA





Sajak ini di khususkan kepada  insan yang berada di hati ini, jauh nun di utara. Memang tak pandai nak menulis tapi cuba sedaya upaya. Setiap manusia selalu menginginkan, tapi semua tu dah di atur oleh Ilahi...khas buatmu wahai "bulan"

NILAI SEKUNTUM BUNGA


Teman,
tatkala hati ini menginginkan
ku utuskan sekuntum bunga untukmu
bunga mawar segar mekar
mengatakan impian dan hasrat
menyunting dirimu sebagai pemaisuri hatiku

Teman,
tidak terniat ku mengganggu dirimu
tidak sekali ingan mempermainkan dirimu
bunga itu bukan sekadar bunga
menggambar erti luahan hati
agak engkau memahami
hati ini terpikat dengan mu

Teman,
bukan ku puja namun mengagumimu
merah warna keagungan budimu
mekar bunga lambang pekertimu
harum bunga semanis senyummu
cantik ia kesederhanaan dirimu

Teman,
walau sukar untuk dirimu ungkapkan kata
aku tidak marasa mengalah
walau bertahun akan ku nanti
menanti jawapan bisikan hati
kerna ku pasti takdir Ilahi

Teman,
jagalah bunga itu sebaiknya
sungguh ia layu di mamah usia
walau pudar jasad dan rupa
namun hasratku teguh mekar sentiasa
menanti jawapan seikhlas kata



No comments:

Post a Comment